Saturday, September 3, 2011

rayaaa woi 3

Assalamualaikum.

Aduh. Penatnye beraya. Da msok rye ke-5 tapi semangat raya still lom padam. Hari ahad dah kene balik kolej. Huu. rase sekejap je. raya kali nie memang enjoy. Dapat duit raya macam umur budak sekolah menengah pakai seluar hijau tak masok baju ke dalam je. seratuss lebih sedikit. Mungkin lepas nie kene mekap tebal buat muke comel macam Mia Sara baru dapat lebih. Haha. Kueh raye banyak da sumbat. Lemang ketupat banyak da telan. Itu lah lumrah raya, mane ade orang buat open house masak nasi lauk ikan cicah kuah asam dengan ulam segala. Tak laen mesti lodeh, soto, rendang sebab name pon raye kann -.-

anak aku nie haaa. :p

Maybe dalam banyak2 rumah yang aku pergi, satu rumah nie je yang aku akan ingat. Raya ke-3 hari tu, aku pergi rumah adik angkat + mak angkat. Memang dah lama teringin ke sana, Cuma takde kesempatan untuk pergi. Pagi tu aku tetap bangun lambat walaupun dah tahu nak pergi beraya. haha. Sesampai di pekan aku berjalan tak kehaluan. tak tahu cara nak ke sana sebenarnya. Nak naek bas ke taknak, taknak ke naek bas. Last2 aku decide naik teksi. Haha. Bas lambat sangat. Teksi ade je kat situ. Tapi apek dalam tuu kencing guaaaa. Kasi tau tambang RM18. Padahal sampai umah adik angkat dorang cakap tambang dalam RM5 camtu je. ehhhh apek, saba je lahh. Takpe laa, sedekah. Aku tengok die pon macam bosan je tunggu orang nak naek teksi die, tu die tipu aku kot. Klu kau Pinocchio da lame panjang hidung kau tau? Huu.

Sesampai di rumah aku dijemput masok. tak kan dijemput keluar pulak kan. haha. Jumpa ummi, abah, abang, eyfa, adik, dan adik akim. Maybe just adik dengan ummi je yang pegang tittle 'angkat' tapi aku kenal2 jugak dengan yang laen. Si eyfa memang aku dah kenal. :) Sepanjang aku di rumah tuu aku dilayan dengan penuh ramah.makan, minum, tempat solat semua dah sedia. Bukan setakat makan kueh raya je, makan nasi untuk lunch pon ade. Terharu aku. :’) terima kasih ye ummi. Btw, si eyfa dan mahirah (adik) cantik hari tu. Maybe dorang tak pasan aku tengok dorang. Tak rugi kau tempek mekap tebal tuhh kat muke. haha.

adik dan eyfa. cantik :')

Aku duduk rumah tuu lama. Daripada pagi sampai petang. Mse jam 3, ade guest datang. Aku lepak bilik sebab risau mengganggu pulak. Sampai tertido aku dalam bilik tuu. Adik cakap aku tido lena sampai orang masuk pon xsedar. Huhu. Lama pastu eyfa gerak. Then aku bersiap untuk balik. Sebelum keluar, ummi suruh aku habiskan air milo satu cawan dulu. Macam nak dera je, tapi aku tau die taknak aku balik dengan perot kosong :D HAHA. Aku teguk je lahh. Dengan muka baru bangun tidur aku berangkat pulang.

Maybe takde ape yang istimewa nye cerita nie, tapi bagi aku, sebab aku seronok raya kat sana lahh aku abadikan dalam blog nie. Sampai sekarang still ingat hari tu. Maybe nanti aku akan datang melawat rumah tuu lagi (insyaAllah). Yang pasti aku tak kan tertipu dengan apek driver teksi tuu lagi. ummi, abah, abang, eyfa, adik, dan adik akim jaga diri ye. Assalam. :)

*dapat duet rye seyhhhhhhhhh.

Sunday, August 28, 2011

rayaaa woi 2

Assalamualaikum.

Hari nie ahad. Esok isnin. Lusa orang dah tak panggil hari selasa, orang akan panggil hari tu hari raya. Yeaaaaaay. Ehh seronok kau. Aku mula membayangkan suasana di kampung nanti. Balik nanti mesti riuh dengan budak-budak. Kejor sana sini, lompat atas bawah, belum kira berapa kerap dorang jerit lagi. itu takpe lagi. Yang leceh, aku jugak yang kene jage dorang. Maybe aku lebih berperanan sebagai babysitter semasa sedara smue balik kampung. T.T Mana tak, dalam kalangan sepupu sepapat aku lerrr yang paling tue, aku lerrr yang paling matured, aku lerr yang paling besor. Nak taknak :-

Mak yong : along, cube tengok si nisa tu nanges kat luaaaa.

Mak andak : along, pegi teman si najmi pegi kedai beli cikedis.

Mak teh : alongggg, kau jage mamat tu. Jangan bagi die pegi jauh.

Opah : alongggg, kau tolong pegi beli kerisik. Da abis opah nak buat rending neyh. ( ehhh rending gune kerisik kep? Ahh bedal. Haha )

Dialog di atas laaa yang selalu ade mse rye. Kalau dikira family yang gather nanti, maybe ade dalam 8 family. Tak ke ramai tuu. Kalau setiap family average 2 anak. 2 kali 8, 16 anak orang aku kne jage. Hahak. Isteri aku nanti mesti bangga aku ade pengalaman jaga anak neyh. >.<

Kalau bagi aku anak orang umo 7tahun ke atas reti lerr aku ngajo nye. Kalau suruh jage baby awal-awal aku dah lari nyorok dalam pokok serai belakang rumah opah. Heeee. Ape ke giler, dukung baby pon tak pro. Adik aku muder 5 taon dari aku pon da master bab dukung-dukung neyh. Isteri aku nanti mesti kecewa. Hahaha.

Maybe aku tak suke bende2 nie sume, tapi bende2 nie jugak lahh yang memeriahkan hari raya tuu nanti. Sedara ramai, dapat duet raya banyak. Haaaaa tu salah satu hikmahnye. Haha :D

Tak sabar ye nak rayeeeeeeee. Daaa.

kan senang macam nie :)

p/s : malas wish lagi. Malam raya wish baru ada feeeel. Haaaaa.

bolaaa.

Assalamualaikum.

Sekarang nie semangat bola sepak kat Malaysia nie makin melonjak en. Mula dari Malaysia menang pingat emas sukan SEA, dan piala AFF Suzuki 2010. Tambah2 yg memang fanatic gilaa bola. Duduk kedai mamak tengah malam semata-mata nak usha Meriam lawan Kolamhati etc. menunjukkan semangat tak terbelah dan bahagi kepada sekian. Then esok pagi update status fb

Pak jabit : Ape cer pak munawir, kolamhati kalohh. Hahahakk

Pak munawir : kau silap kunyit tak main je kalo tak dah menangih kamu

Pak jabit : udoh kaloh cakap kaloh munawir. Terbaek laa usher bin skor dua

Pak munawir : adat lerr tu kaloh menang

Pak jabit : eyy ape adatnye. Yang menang tu hebat, yang kalah tu lembik

Pak munawir : kamu jangan jabit, aku bakor baju rye kamu kang

Pak jabit : ehh tiber nk bakor, berani meh lerr cepat

Pak munawir : kau siap ko jabit

Pak jabit : meh laa cepatt mehh

*dialog terpaksa di cut disebabkan ada scene ganas

Kadang2 fanatiknya kita sampai nk bertumbuk, bakar ini bakar itu. Tu baru bakor baju, yang bakar bendera tu ape cer. Fanatik, fanatik jugak, adab tatasusila jangan lupa. Pesanan daripada jiran pak munawir, pak deris.

p/s : sokong Real Madrid:)

Thursday, August 25, 2011

rayaaa woi

Assalamualaikum.

Lagi beberapa hari je kan nak raye dahh. kalau kat mall tuhh mesti da on lagu rye. sebenarnya dahh on mse baru seminggu pose dulu-dulu dahh. konon feel, nak bagi customer semangat nak beli baju raya dua tiga pasang. taktik ahh tu. huu. aku punya baju raya da tempah sebelum pose lagi. hahak. senang, tak perlu nak kelam cari kedai mne boleh siap cepat laa hape. tapi, baju tu besa derr. die punye bahu jatuh gilaa. tanya apek tuu, rilek je jawab 'ini trend sikalang maa, saya tau. lu kasi cuba ini baju boleh tahan lama oo'. -.- demm. memang ahh boleh tahan lame. sampai aku da kawen perot buncit pon boleh pakai g. huu. xpe, taon nie baju melayu aku macam jubah. 2 in 1. haha! tapi baju nie xpe lagi. aku surf internet tadi ade pulak terjumpa baju raya memang semangat Harimau Malaya seyhhh. mungkin ini contoh terbaik merdeka raya :')





BHEHEHEK :D


*p/s : tahun ini temanya ungu :)




Wednesday, August 24, 2011

nak duettt.

Assalamualaikum.

Mau share something. ada cara senang untuk korang dapatkan duit sambil berFacebook tau? Korang hanya perlu register akaun dekat Says.my pastu share kat kengkawan di Facebook. Ajak laa dorang join. Untuk setiap kawan korang yang register tu, korang akan dapat RM3. Bapak senang giler kau tau tak. Macam nuffnang lah lebih kurang, tapi nuffnang untuk blogger dan cuma dapat 25 sen. Says.my untuk yang ada account Facebook, Twitter, YM etc.

Bak kte Says.my - You'll be paid RM 3 for every friend who joins, shares at least one campaign
and get at least 3 verified unique visits. cuba lahh. cam bes je. just click the link given and do register :) Says.my



this is their homepage :)

Tuesday, August 23, 2011

tak faham.


Assalamualaikum.


Cube buka Google translate. then translate daripada english ke malay perkataan 'BOOBS'. keluar ape? 'MELAYU' -.-"

Kalau tak faham buat kueh almond london pon boleh suruh jiran sebelah aja. kalau tak faham math trigonometric function membe boleh aja. tapi yang ini?




Sunday, August 21, 2011

komik jum? :)




*bangkit daripada realiti, demi mengejar mimpi :)

Friday, August 19, 2011

Wednesday, August 17, 2011

perihal terrrtidur.


Selasa, 16hb - pagi itu semuanya seperti kebiasaan. bersiram, bersugi, solat dan gerak ke dewan kuliah 6 . sepanjang lecture aku fokus, sampai tertido. hebat. mana tak nya, lecture hall macam peti sejuk. mahu tulis, tangan beku. mahu tengok buku, mata berat. naseb aku terrrtidur hanya seminit dua. kalau bukan kerana lecture tuu bukan lecture favourite, mesti dah mimpi jumpa megan fox. tamat kuliah ada gap waktu sejam sebelum kelas tutoran math. aku pulang ke bilik. kelas math pada jam 2 tapi aku terrrrtidur lagi. aku bergegas menuju bilik tutoran 32. sesampai di sana macam biasa, kena 'puji'. aku nekad tak mahu lewat lagi. konon.

Petang itu sehabis kelas cadangnya mahu beradu. tapi Zul menggoda aku pergi ke anjung. khabarnya, ada pertandingan kad raya dan anyam ketupat. daripada aku tidur petang baik aku berjalan. suasana di anjung tak meriah. kami beli juadah berbuka di cafe perempuan. lebih variasi daripada cafe lelaki.

Sesudah berbuka, aku ngantuk. terawih confirm hangus. semalam tak cukup tidur, patut lahh hari nie asyik terrrrtidur je. haha. sebelum lena, aku layan "Shrek Forever After".



tengok sampai mimpi fiona malam tuhh. -.-

Sunday, August 14, 2011

macam kelawar.

Assalamualaikum.

sabtu 13hb - Ini hari aku tidur awal. abis berbuka teros tido. jam 11 bangun balik. segar semacam. tak tahu mau buat apa lantas mengangkut laptop dengan wayar berjurai ke katil. online sampai sahur. sesudah subuh, aku lena sampai matahari atas kepala. ayam berkokok pon dah turun pagar time nieh. tak pe. itu kebiasaan aku lewat minggu. ibarat kelawar. di rumah pon begini. mana tidak kne 'nasihat'. huu.

ahad 14hb- Waktu pagi jadual aku mudah, tidurrrrrr. petang online dan menelaah fizik untuk setengah jam, cukup. setibanya waktu berbuka, aku sudah berada depan kaca tv bersama anuar. menanti siaran BWF. huruf tu mewakili ape aku tak ambil tahu. barangkali Badminton World Federation. kejohanan badminton dunia. entahhhhh. aku menunggu perlawanan saudara Lee Chong Wei menentang Lin Dan. perlawanan kedua khabarnya. perlawanan pertama, beregu perempuan. juadah berbuka habis disapu baru perlawanan yang ditunggu mula. perlawanan diheret ke rubber set. hampeh Lin Dan. keputusan - Lin Dan menang. cehhhhhh. aku terfikir setiap kali aku tengok match final si Dato' mesti kalah. sebaliknya kalau tidak, menang. apakah? huu. balik2, sesudah Isyak aku lena sehingga Muhaimin Haris Teoh mengejutkan aku bangkit sahur. sekeping roti, sebiji kurma, sepuluh teguk air. tidur balik. itu rutin aku, semalam.



aku hairan kenapa namanya baju kelawar -.-




hujung minggu aku seperti dia. patut aku bertambah comel. haha!

sekian~

Saturday, August 13, 2011

aku bukan pisang

Assalamualaikum.

Hari ini hari ahad. tapi aku post pasal hari rabu. suka hati. pagi tu pegi kuliah dengan hati tenang. jadual rabu tidak lah sekejam jadual hari laen. cuma satu kelas tutoran dan dua kuliah. tambahan pakai baju sukan. memang rileksss. sampai kuliah teros menuju tempat kebiasaan. di belakang. kuliah fizik memang aku tidak faham, loss. masak aku nak faham sampai chapter 15. kuliah math biasa, faham.

Selepas gap, tutor chemist. lecturer : Sir Tiong Guo Siang. tengok nme sudah tahu bukan melayu. pernah suatu hari aku hantar assignment fizik tertulis nama beliau - Sir Tiong Guo Siang. mimpi ape fizik tiba-tiba dia. padahal pensyarah sebenar - Encik Aziman Abu Bakar. jauh bapak bezaaa. tak pepsal markah kne tolak. huu, abaikan. mood pendidik cina itu hari tidak baek, student tidak buat tutor. rentung telinga aku. satu ayat yang terngiang-ngiang. " Final, lagi 18 minggu. jangan nanti esok menyesal. " mendalam maksodnye.

Kata-kata sir tu membuatkan aku mengimbau saat aku di tingkatan 5. waktu itu memang aku baik, tak jahat cuma nakal. kacau orang, kacau pak guard, ponteng kelas, sepak semut dan selebihnya. aku memang enjoy. tak ingat di hujungnya apa. sesudah keluar result exam, tidak seperti yang dijangka. memang kecewa. seharian aku tidak bercakap bah kan dengan parents. bagai diberi peluang kedua, aku di'offer' matriks, dua tahun. aku tidak berfikir panjang memandangkan hanya offer matriks dan uitm yang ade. uitm course bisnes study. memang reject laaaa.

Aku mengharapkan perkara sama tidak berulang. tak mahu menyesal lagi. aku bukannya pisang. yang berbuah dua kali.

semangat nya aku sampai macam gini. haha!


* kegagalan memang kegelapan. namun, kegelapan jugalah yang diperlukan, untuk melihat kerdipnya bintang :)

Tuesday, August 9, 2011

Start here.

Assalamualaikum.

Hari ni sudah msok hari ke 9 berpuasa. Rutin aku berjalan seperti biasa. Bangun sahur jam 3 suku menuju cafe A. Hidangan sejuk yang dijual membuatkan aku tak terliur langsung. Aku beli cocopie lagi bagus. Aku tidur balik. Bangun 7.20. Kelas pukul 8. Bagus betul pengurusan masa aku, patut sekolah dahulu berbirat betis aku kene sebat. Dek kerana lewat. Choyy.

Kuliah pertama pagi itu, science comp. Encik Syakirin hanya bercerita sepanjang kuliah. Tidak mahu memberi tekanan katanya. Bagus betul. Waktu kedua, tutor fizik. Pensyarah baru dari KMM (Melaka) ambil alih kelas aku. Selepas itu kuliah matematik ngan kimia. Kebiasaan dua kuliah ini aku tak kan tersengguk, jadi aku fokus dari awal sampai akhir. Melainkan kuliah fizik, dahi mesti dah parking kat meja. Huu.

Kisahnya, dahulu matematik memang aku anti. Sejak bangku kayu sekolah rendah lagi. Cikgu mesti label aku golongan lemah. Serupa juga sekolah menengah. Aku golongan markah <50. Kasihan. Tapi setiap kali exam, UPSR,PMR,SPM, gred aku bagus. Aku bertungkus dan lumus study math sebenarnya, walau kurang minat. Atas kesedaran sendiri juga. Moga seterusnya akan baik-baik juga :)


*"Yang pipih tak kan datang melayang, yang bulat tak kan datang bergolek"