Saturday, August 13, 2011

aku bukan pisang

Assalamualaikum.

Hari ini hari ahad. tapi aku post pasal hari rabu. suka hati. pagi tu pegi kuliah dengan hati tenang. jadual rabu tidak lah sekejam jadual hari laen. cuma satu kelas tutoran dan dua kuliah. tambahan pakai baju sukan. memang rileksss. sampai kuliah teros menuju tempat kebiasaan. di belakang. kuliah fizik memang aku tidak faham, loss. masak aku nak faham sampai chapter 15. kuliah math biasa, faham.

Selepas gap, tutor chemist. lecturer : Sir Tiong Guo Siang. tengok nme sudah tahu bukan melayu. pernah suatu hari aku hantar assignment fizik tertulis nama beliau - Sir Tiong Guo Siang. mimpi ape fizik tiba-tiba dia. padahal pensyarah sebenar - Encik Aziman Abu Bakar. jauh bapak bezaaa. tak pepsal markah kne tolak. huu, abaikan. mood pendidik cina itu hari tidak baek, student tidak buat tutor. rentung telinga aku. satu ayat yang terngiang-ngiang. " Final, lagi 18 minggu. jangan nanti esok menyesal. " mendalam maksodnye.

Kata-kata sir tu membuatkan aku mengimbau saat aku di tingkatan 5. waktu itu memang aku baik, tak jahat cuma nakal. kacau orang, kacau pak guard, ponteng kelas, sepak semut dan selebihnya. aku memang enjoy. tak ingat di hujungnya apa. sesudah keluar result exam, tidak seperti yang dijangka. memang kecewa. seharian aku tidak bercakap bah kan dengan parents. bagai diberi peluang kedua, aku di'offer' matriks, dua tahun. aku tidak berfikir panjang memandangkan hanya offer matriks dan uitm yang ade. uitm course bisnes study. memang reject laaaa.

Aku mengharapkan perkara sama tidak berulang. tak mahu menyesal lagi. aku bukannya pisang. yang berbuah dua kali.

semangat nya aku sampai macam gini. haha!


* kegagalan memang kegelapan. namun, kegelapan jugalah yang diperlukan, untuk melihat kerdipnya bintang :)

No comments:

Post a Comment