Tuesday, August 9, 2011

Start here.

Assalamualaikum.

Hari ni sudah msok hari ke 9 berpuasa. Rutin aku berjalan seperti biasa. Bangun sahur jam 3 suku menuju cafe A. Hidangan sejuk yang dijual membuatkan aku tak terliur langsung. Aku beli cocopie lagi bagus. Aku tidur balik. Bangun 7.20. Kelas pukul 8. Bagus betul pengurusan masa aku, patut sekolah dahulu berbirat betis aku kene sebat. Dek kerana lewat. Choyy.

Kuliah pertama pagi itu, science comp. Encik Syakirin hanya bercerita sepanjang kuliah. Tidak mahu memberi tekanan katanya. Bagus betul. Waktu kedua, tutor fizik. Pensyarah baru dari KMM (Melaka) ambil alih kelas aku. Selepas itu kuliah matematik ngan kimia. Kebiasaan dua kuliah ini aku tak kan tersengguk, jadi aku fokus dari awal sampai akhir. Melainkan kuliah fizik, dahi mesti dah parking kat meja. Huu.

Kisahnya, dahulu matematik memang aku anti. Sejak bangku kayu sekolah rendah lagi. Cikgu mesti label aku golongan lemah. Serupa juga sekolah menengah. Aku golongan markah <50. Kasihan. Tapi setiap kali exam, UPSR,PMR,SPM, gred aku bagus. Aku bertungkus dan lumus study math sebenarnya, walau kurang minat. Atas kesedaran sendiri juga. Moga seterusnya akan baik-baik juga :)


*"Yang pipih tak kan datang melayang, yang bulat tak kan datang bergolek"


No comments:

Post a Comment