Saturday, September 3, 2011

rayaaa woi 3

Assalamualaikum.

Aduh. Penatnye beraya. Da msok rye ke-5 tapi semangat raya still lom padam. Hari ahad dah kene balik kolej. Huu. rase sekejap je. raya kali nie memang enjoy. Dapat duit raya macam umur budak sekolah menengah pakai seluar hijau tak masok baju ke dalam je. seratuss lebih sedikit. Mungkin lepas nie kene mekap tebal buat muke comel macam Mia Sara baru dapat lebih. Haha. Kueh raye banyak da sumbat. Lemang ketupat banyak da telan. Itu lah lumrah raya, mane ade orang buat open house masak nasi lauk ikan cicah kuah asam dengan ulam segala. Tak laen mesti lodeh, soto, rendang sebab name pon raye kann -.-

anak aku nie haaa. :p

Maybe dalam banyak2 rumah yang aku pergi, satu rumah nie je yang aku akan ingat. Raya ke-3 hari tu, aku pergi rumah adik angkat + mak angkat. Memang dah lama teringin ke sana, Cuma takde kesempatan untuk pergi. Pagi tu aku tetap bangun lambat walaupun dah tahu nak pergi beraya. haha. Sesampai di pekan aku berjalan tak kehaluan. tak tahu cara nak ke sana sebenarnya. Nak naek bas ke taknak, taknak ke naek bas. Last2 aku decide naik teksi. Haha. Bas lambat sangat. Teksi ade je kat situ. Tapi apek dalam tuu kencing guaaaa. Kasi tau tambang RM18. Padahal sampai umah adik angkat dorang cakap tambang dalam RM5 camtu je. ehhhh apek, saba je lahh. Takpe laa, sedekah. Aku tengok die pon macam bosan je tunggu orang nak naek teksi die, tu die tipu aku kot. Klu kau Pinocchio da lame panjang hidung kau tau? Huu.

Sesampai di rumah aku dijemput masok. tak kan dijemput keluar pulak kan. haha. Jumpa ummi, abah, abang, eyfa, adik, dan adik akim. Maybe just adik dengan ummi je yang pegang tittle 'angkat' tapi aku kenal2 jugak dengan yang laen. Si eyfa memang aku dah kenal. :) Sepanjang aku di rumah tuu aku dilayan dengan penuh ramah.makan, minum, tempat solat semua dah sedia. Bukan setakat makan kueh raya je, makan nasi untuk lunch pon ade. Terharu aku. :’) terima kasih ye ummi. Btw, si eyfa dan mahirah (adik) cantik hari tu. Maybe dorang tak pasan aku tengok dorang. Tak rugi kau tempek mekap tebal tuhh kat muke. haha.

adik dan eyfa. cantik :')

Aku duduk rumah tuu lama. Daripada pagi sampai petang. Mse jam 3, ade guest datang. Aku lepak bilik sebab risau mengganggu pulak. Sampai tertido aku dalam bilik tuu. Adik cakap aku tido lena sampai orang masuk pon xsedar. Huhu. Lama pastu eyfa gerak. Then aku bersiap untuk balik. Sebelum keluar, ummi suruh aku habiskan air milo satu cawan dulu. Macam nak dera je, tapi aku tau die taknak aku balik dengan perot kosong :D HAHA. Aku teguk je lahh. Dengan muka baru bangun tidur aku berangkat pulang.

Maybe takde ape yang istimewa nye cerita nie, tapi bagi aku, sebab aku seronok raya kat sana lahh aku abadikan dalam blog nie. Sampai sekarang still ingat hari tu. Maybe nanti aku akan datang melawat rumah tuu lagi (insyaAllah). Yang pasti aku tak kan tertipu dengan apek driver teksi tuu lagi. ummi, abah, abang, eyfa, adik, dan adik akim jaga diri ye. Assalam. :)

*dapat duet rye seyhhhhhhhhh.

Sunday, August 28, 2011

rayaaa woi 2

Assalamualaikum.

Hari nie ahad. Esok isnin. Lusa orang dah tak panggil hari selasa, orang akan panggil hari tu hari raya. Yeaaaaaay. Ehh seronok kau. Aku mula membayangkan suasana di kampung nanti. Balik nanti mesti riuh dengan budak-budak. Kejor sana sini, lompat atas bawah, belum kira berapa kerap dorang jerit lagi. itu takpe lagi. Yang leceh, aku jugak yang kene jage dorang. Maybe aku lebih berperanan sebagai babysitter semasa sedara smue balik kampung. T.T Mana tak, dalam kalangan sepupu sepapat aku lerrr yang paling tue, aku lerrr yang paling matured, aku lerr yang paling besor. Nak taknak :-

Mak yong : along, cube tengok si nisa tu nanges kat luaaaa.

Mak andak : along, pegi teman si najmi pegi kedai beli cikedis.

Mak teh : alongggg, kau jage mamat tu. Jangan bagi die pegi jauh.

Opah : alongggg, kau tolong pegi beli kerisik. Da abis opah nak buat rending neyh. ( ehhh rending gune kerisik kep? Ahh bedal. Haha )

Dialog di atas laaa yang selalu ade mse rye. Kalau dikira family yang gather nanti, maybe ade dalam 8 family. Tak ke ramai tuu. Kalau setiap family average 2 anak. 2 kali 8, 16 anak orang aku kne jage. Hahak. Isteri aku nanti mesti bangga aku ade pengalaman jaga anak neyh. >.<

Kalau bagi aku anak orang umo 7tahun ke atas reti lerr aku ngajo nye. Kalau suruh jage baby awal-awal aku dah lari nyorok dalam pokok serai belakang rumah opah. Heeee. Ape ke giler, dukung baby pon tak pro. Adik aku muder 5 taon dari aku pon da master bab dukung-dukung neyh. Isteri aku nanti mesti kecewa. Hahaha.

Maybe aku tak suke bende2 nie sume, tapi bende2 nie jugak lahh yang memeriahkan hari raya tuu nanti. Sedara ramai, dapat duet raya banyak. Haaaaa tu salah satu hikmahnye. Haha :D

Tak sabar ye nak rayeeeeeeee. Daaa.

kan senang macam nie :)

p/s : malas wish lagi. Malam raya wish baru ada feeeel. Haaaaa.

bolaaa.

Assalamualaikum.

Sekarang nie semangat bola sepak kat Malaysia nie makin melonjak en. Mula dari Malaysia menang pingat emas sukan SEA, dan piala AFF Suzuki 2010. Tambah2 yg memang fanatic gilaa bola. Duduk kedai mamak tengah malam semata-mata nak usha Meriam lawan Kolamhati etc. menunjukkan semangat tak terbelah dan bahagi kepada sekian. Then esok pagi update status fb

Pak jabit : Ape cer pak munawir, kolamhati kalohh. Hahahakk

Pak munawir : kau silap kunyit tak main je kalo tak dah menangih kamu

Pak jabit : udoh kaloh cakap kaloh munawir. Terbaek laa usher bin skor dua

Pak munawir : adat lerr tu kaloh menang

Pak jabit : eyy ape adatnye. Yang menang tu hebat, yang kalah tu lembik

Pak munawir : kamu jangan jabit, aku bakor baju rye kamu kang

Pak jabit : ehh tiber nk bakor, berani meh lerr cepat

Pak munawir : kau siap ko jabit

Pak jabit : meh laa cepatt mehh

*dialog terpaksa di cut disebabkan ada scene ganas

Kadang2 fanatiknya kita sampai nk bertumbuk, bakar ini bakar itu. Tu baru bakor baju, yang bakar bendera tu ape cer. Fanatik, fanatik jugak, adab tatasusila jangan lupa. Pesanan daripada jiran pak munawir, pak deris.

p/s : sokong Real Madrid:)

Thursday, August 25, 2011

rayaaa woi

Assalamualaikum.

Lagi beberapa hari je kan nak raye dahh. kalau kat mall tuhh mesti da on lagu rye. sebenarnya dahh on mse baru seminggu pose dulu-dulu dahh. konon feel, nak bagi customer semangat nak beli baju raya dua tiga pasang. taktik ahh tu. huu. aku punya baju raya da tempah sebelum pose lagi. hahak. senang, tak perlu nak kelam cari kedai mne boleh siap cepat laa hape. tapi, baju tu besa derr. die punye bahu jatuh gilaa. tanya apek tuu, rilek je jawab 'ini trend sikalang maa, saya tau. lu kasi cuba ini baju boleh tahan lama oo'. -.- demm. memang ahh boleh tahan lame. sampai aku da kawen perot buncit pon boleh pakai g. huu. xpe, taon nie baju melayu aku macam jubah. 2 in 1. haha! tapi baju nie xpe lagi. aku surf internet tadi ade pulak terjumpa baju raya memang semangat Harimau Malaya seyhhh. mungkin ini contoh terbaik merdeka raya :')





BHEHEHEK :D


*p/s : tahun ini temanya ungu :)




Wednesday, August 24, 2011

nak duettt.

Assalamualaikum.

Mau share something. ada cara senang untuk korang dapatkan duit sambil berFacebook tau? Korang hanya perlu register akaun dekat Says.my pastu share kat kengkawan di Facebook. Ajak laa dorang join. Untuk setiap kawan korang yang register tu, korang akan dapat RM3. Bapak senang giler kau tau tak. Macam nuffnang lah lebih kurang, tapi nuffnang untuk blogger dan cuma dapat 25 sen. Says.my untuk yang ada account Facebook, Twitter, YM etc.

Bak kte Says.my - You'll be paid RM 3 for every friend who joins, shares at least one campaign
and get at least 3 verified unique visits. cuba lahh. cam bes je. just click the link given and do register :) Says.my



this is their homepage :)

Tuesday, August 23, 2011

tak faham.


Assalamualaikum.


Cube buka Google translate. then translate daripada english ke malay perkataan 'BOOBS'. keluar ape? 'MELAYU' -.-"

Kalau tak faham buat kueh almond london pon boleh suruh jiran sebelah aja. kalau tak faham math trigonometric function membe boleh aja. tapi yang ini?




Sunday, August 21, 2011

komik jum? :)




*bangkit daripada realiti, demi mengejar mimpi :)