Wednesday, August 17, 2011

perihal terrrtidur.


Selasa, 16hb - pagi itu semuanya seperti kebiasaan. bersiram, bersugi, solat dan gerak ke dewan kuliah 6 . sepanjang lecture aku fokus, sampai tertido. hebat. mana tak nya, lecture hall macam peti sejuk. mahu tulis, tangan beku. mahu tengok buku, mata berat. naseb aku terrrtidur hanya seminit dua. kalau bukan kerana lecture tuu bukan lecture favourite, mesti dah mimpi jumpa megan fox. tamat kuliah ada gap waktu sejam sebelum kelas tutoran math. aku pulang ke bilik. kelas math pada jam 2 tapi aku terrrrtidur lagi. aku bergegas menuju bilik tutoran 32. sesampai di sana macam biasa, kena 'puji'. aku nekad tak mahu lewat lagi. konon.

Petang itu sehabis kelas cadangnya mahu beradu. tapi Zul menggoda aku pergi ke anjung. khabarnya, ada pertandingan kad raya dan anyam ketupat. daripada aku tidur petang baik aku berjalan. suasana di anjung tak meriah. kami beli juadah berbuka di cafe perempuan. lebih variasi daripada cafe lelaki.

Sesudah berbuka, aku ngantuk. terawih confirm hangus. semalam tak cukup tidur, patut lahh hari nie asyik terrrrtidur je. haha. sebelum lena, aku layan "Shrek Forever After".



tengok sampai mimpi fiona malam tuhh. -.-

1 comment: